Battlefield 1, kemasukan terbaru dalam siri yang dibangunkan oleh DICE, nampaknya akan mendapat edisi baru pada tahun ini, menurut kebocoran yang beredar di Amazon France.
Amazon France mula menyenaraikan Battlefield 1 Revolution Edition. Edisi baru permainan ini, yang akan hadir ke semua platform bulan depan, pada 22 Ogos.
Edisi ini akan mengandungi permainan asas BF1 serta semua kandungan yang termasuk dalam Pass Premium. Buat masa ini EA masih belum mengesahkan secara rasmi edisi baru ini, maka masih belum pasti akan kesahihannya walaupun dengan kebocoran maklumat ini.
DLC Battlefield 1 seterusnya, akan dikeluarkan pada bulan September ini, yang bertajuk In the Name of the Tsar. DLC ini akan mengandungi empat peta baru, senjata baru dan banyak lagi.
Battlefield 1 kini boleh didapati di PC, PlayStation 4 dan Xbox One.
Sumber: wccftech
Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:
EA Mengesahkan Siri Baru Battlefield Akan Hadir Pada 2018
Battlefield 1: Berjaya Mengumpul Seramai 21 Juta Pemain Di Seluruh Dunia
Saksikan Treler Battlefield 1 Menggunakan MS Paint
Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.
Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.