Berita

Bekas Pembangun Street Fighter Meminta Jasa Orang Ramai Untuk Menaja Permainan Baru Ciptaan Beliau, Fantasy Strike

fantasystrike
Diolah oleh hang92

Bekas pereka permainan pertempuran Street Fighter II Turbo HD Remix, David Sirlin telah melancarkan khidmat kempen penajaan orang ramai melalui Fig untuk permainan pertempuran 2D beliau iaitu Fantasy Strike. Permainan ini telah dibangunkan selama dua tahun dan kini meminta jasa baik anda untuk menderma kepada beliau, David meminta untuk mendapatkan penajaan sebanyak $2 juta (~RM 8.6 juta)  . Anda boleh saksikan video treler permainan ini di bawah.

Di dalam sidang akhbar baru-baru ini, pihak pembangun permainan ini berkata;

Fantasy Strike, direka supaya mudah dikawal (tanpa mengorbankan strategi) supaya memudahkan golongan bukan peminat permainan pertempuran untuk berseronok dengan permainan ini. Ini adalah cara untuk menyatukan pengguna di seluruh dunia di mana jika kita lihat permainan pertempuran lain memerlukan anda mempunyai bakat yang tinggi untuk menguasai permainan.

Fantasy Strike buat masa ini mempunyai lapan watak dan empat peringkat, dengan banyak lagi yang akan datang. Kita akan mempunyai versi arked, pertempuran tempatan, atas talian, dan mod latihan.

Fantasy Strike kini sedang dalam pembangunan untuk PlayStation 4 dan PC

sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.