Berita

Berapa Rata-rata Markah Yang Diperolehi Oleh Hellblade: Senua’s Sacrifice?

Diolah oleh hang92

Projek permainan terbaru daripada Ninja Theory (studio yang membikin permainan Heavenly Sword, Enslaved: Odyssey to the West, dan DmC) telah keluar pada hari ini, dan ianya mungkin tidak seperti yang anda jangkakan.

Hellblade: Senua’s Sacrifice mengisahkan pengembaraan yang dirakamkan melalui pandangan perspektif oleh watak utama iaitu Senua, seorang perempuan yang sangat tabah mengharungi perjalananannya.

Permainan ini berlatarbelakangkan zaman Vikings, dimana kisah sejarah Celtic dan mitologi Norse banyak mempengaruhi permainan ini.

Anda akan bermain sebagai seorang pahlawan Celtic bernama Senua. Anda akan mengembara di dalam neraka demi berjuang untuk jiwa kekasih anda yang sudah mati.

Apa yang menarik bagi kami, watak utama, iaitu Senua, sering akan terdengar suara di dalam kepala dia sepanjang masa. Suara ini samada akan menyokong atau membangkang apa yang Senua akan lakukan. Kami rasa, ianya sesuatu yang menggerunkan.

Jika anda lihat rata-rata kritik yang diberikan pada permainan ini, semua penulis blog permainan terkenal yakin dengan kenyataan di atas ini. Anda boleh saksikan sendiri berapa markah yang telah diberi pada permainan Hellblade: Senua’s Sacrifice ini.

Anda boleh saksikan sedutan permainan serta kritikan permainan ini oleh IGN di bawah.

Kesimpulan

Permainan ini kami rasakan sangat unik kerana hanya sedikit sahaja kualiti yang diperlukan untuk menghampiri sama seperti permainan AAA serta ianya dibangunkan oleh syarikat bertaraf indie dan tidak menggunakan publisiti besar-besaran seperti permainan AAA lain.

Hellblade: Senua’s Sacrifice telah bermain dengan latarbelakang yang cantik, jalan cerita yang cantik, dan juga menggunakan rekabentuk yang agak terperinci.

Permainan ini sepatutnya dimainkan oleh semua orang.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.