Berita

Bercuti Sambil Bermain Permainan Video Di i-Hotel

Diolah oleh Konsol

Pada masa kini, pelbagai cara digunakan oleh pihak hotel atau tempat percutian untuk mempromosikan penginapan mereka. Kadang-kadang cara promosi yang dilakukan memang sangat unik dan tidak terfikir dek akal.

Di Malaysia sahaja, kita mempunyai pelbagai hotel dan tempat percutian yang menawarkan sesuatu yang amat istimewa jika anda menginapnya. Sebagai contoh, di Sepang, kita mempunyai sebuah hotel yang dibina khas dengan susun atur serta barangan yang memfokuskan kepada perlumbaan MotoGp sesuai dengan kedudukan Sepang yang amat berdekatan dengan litar perlumbaan kebangsaan (SIC).

Jika sesuatu promosi yang ditawarkan di kebanyakan hotel-hotel di Malaysia masih tidak dapat menarik minat anda, apa kata suatu hari nanti anda cuba untuk berkunjung ke i-Hotel yang terletak di negara barangan tiruan iaitu Taiwan.

Apa yang unik mengenai i-Hotel ialah kerana setiap bilik penginapan akandilengkapi set lengkap permainan video. (Sesuai sangat jika anda seorang pemain permainan video tegar).

Antara set permainan video yang akan disertakan didalam setiap bilik penginapan ialah seperti set komputer gaming keluaran Asus, skrin bersaiz 32 inci, serta kerusi gaming DXR Racer.

Apa yang membuatkan ia lebih teruja kerana setiap bilik akan dilengkapi oleh 2 set permainan video ini. Ya 2 bukan satu!

Jadi ia amat sesuai untuk diinapi oleh pasangan Gamers yang ingin berbulan madu, tetapi masih ingin memainkan permainan video kerana ia lebih mengujakan daripada berbulan madu itu sendiri ūüôā

Jika anda kenal pasangan yang macam kami terangkan diatas, silalah tag nama mereka diruangan komen.

Sumber: LonelyPlanet

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.