Berita

Berkas PlayStation 4 Pro Star Wars Battlefront II Akan Datang Pada November Ini Dengan Harga RM1999

Diolah oleh hang92

Sony telah mengumumkan berkas istimewa untuk Playsation 4 Pro yang bertemakan Star Wars Battlefront II. Berkas ini dicadangkan dengan harga jualan sebanyak RM1,999. Kalau dikutkan, harga berkas ini tidak jauh bezanya dengan harga untuk PS4 Pro edisi biasa di Malaysia ini

Image result for Star Wars Battlefront II playstation pro

Edisi ‘terhad’ ini mempunyai logo Empire, Rebel Alliance dan juga Inferno Squad of Imperial pada bahagian badan konsol tersebut. Logo tersebut melambangkan kempen permainan solo yang perlu dimainkan oleh pemain di dalam Battlefront II dimana pemain akan memegang watak Imperial yang ditangkap selepas peperangan Battle of Endor.

Untuk pengetahuan anda, jalan cerita yang ditonjolkan pada kali ini adalah berbeza dengan siri di dalam filem Star Wars, dimana kita tidak pernah lagi melihat askar Imperial dibayangkan sebagai watak protoganis sebelum ini.

Playstation 4 Pro yang bertemakan Star Wars Battlefront II akan tiba di Malaysia pada 17 November 2017 dan akan berharga RM1,999. Berkas ini akan mengandungi pengawal DualShock4 bertemakan Battlefront II, satu unit cakera permainan Star Wars Battlefront II Deluxe edition, dan juga langganan PlayStation Plus untuk tiga bulan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Berkas PS4 Gran Turismo Sport Berharga RM 196,790, Datang Dengan Kereta Sebenar

Microsoft Umumkan Berkas 2 Dalam 1 Xbox One S Assassins Creed Origins

Sony Telah Mengumumkan Edisi Terhad Berkas PS4 Call of Duty: WWII

Sony Telah Mengumumkan Harga Berkas PlayStation 4 FIFA 18 Untuk Pasaran Malaysia

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.