Berita

Berkas PS4 Gran Turismo Sport Berharga RM 196,790, Datang Dengan Kereta Sebenar

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Bukan lagi satu kejutan jika ada permainan yang hadir dengan edisi pengumpul (collector’s editions) dengan tanda harga yang agak luar biasa. Hari ini, Sony Interactive Entertainment Taiwan mengumumkan berkas PS4 Gran Turismo Sport yang turut mengandungi sebuah kereta sebenar yang boleh dipandu.

gran-turismo-sport-taiwan

Benar – berkas itu datang dengan edisi terhad Mazda MX-5 2018, lengkap dengan logo Gran Turismo dan PlayStation. Dan jika kereta itu tidak mencukupi, berkas itu juga dilengkapi dengan PS4 Pro, PSVR dan alat kawalan Move, stereng Thrustmaster T-GT, kerusi perlumbaan APiga AP1, TV Bravia 4K HDR , 12 bulan langganan PS Plus , dan sudah tentu permainan Gran Turismo Sport itu sendiri.

Hanya satu daripada berkas ini dijual dengan harga yang tidak masuk akal – RM 196,790 dan ia sudah dibeli oleh seorang pengumpul kereta.

Gran Turismo Sport telah dilancarkan hari ini, 17 Oktober eksklusif untuk PlayStation 4.

Sumber: GameSpot

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Demo Gran Turismo Sport Sedang Dimainkan Oleh Lebih Dari 1 Juta Pemain

Nissan GT-R Dikawal Menggunakan DualShock Untuk Mempromosikan Gran Turismo Sport

Lihat Senarai Kereta Dan Litar Bagi Permainan Permainan Gran Turismo Sport Disini

PlayStation 4 Slim 1TB Gran Turismo Sport Telah Sedia Untuk Dipasarkan 18 Oktober Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.