Android & iOS

Bermain Game Boy Dengan Telefon Bimbit Samsung Anda Dengan Hyperkin SmartBoy

Diolah oleh hang92

Syarikat PQube telah menghasilkan Hyperkin SmartBoy untuk menukarkan ciri-ciri telefon bimbit Samsung anda kepada Game Boy.

Hyperkin SmartBoy adalah alat untuk menjadikan perkakas Android Samsung anda kepada Game Boy yang membolehkan anda memasukkan katrij lalu bermain permainan tersebut. Cumanya, hanya telefon Samsung Galaxy S8 sahaja yang boleh dimainkan setakat ini, untuk jenis telefon bimbit Samsung lain, mereka akan mengumumkan sekirannya ada penambahan jenis telefon keluaran Samsung ini.

Selain daripada permainan Game Boy yang asal (menggunakan kartrij), Smartboy juga boleh dimainkan dengan pelbagai permainan yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. Mana-mana permainan yang boleh dimainkan bersama aplikasi emulators juga turut dapat dimainkan sekali.

Anda boleh membuat pra pesanan SmartBoy di kedai runcit digital Funstock Retro dengan harga £59.99 (~ RM 335.25) , tetapi anda harus memesannya dengan awal kerana stok adalah terhad.

sumber : IGN

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.