Tips

Bermain Konsol Dari Kerusi Khas Dari Jepun

Diolah oleh hang92

Sudah ada 2 juta pesanan terkumpul. Anda bila lagi?

Konsol permainan generasi terkini menggunakan pengawal tanpa wayar yang membolehkan pemain duduk di sofa jauh daripada skrin televisyen. Tetapi mari kita bersikap jujur, itu bukan sebenarnya yang pemain mahukan untuk berada. Kami percaya, pemain lebih suka mendekati ke arah skrin televisyen supaya mereka boleh menikmati semua grafik hebat yang dipaparkan.

 

Biasanya ini bermakna pemain akan akhirnya duduk di atas lantai, tetapi kedudukan ini menyebabkan lutut sakit dan punggung menjadi letih — bukan kedudukan yang ideal.

Memperkenalkan Buddy The Game Chair! Kerusi ini direka secara ergonomik dan profesional untuk menyokong sepenuhnya semua keperluan pemain yang ingin menikmati permainan video mereka.

Anda boleh memilih untuk duduk di atasnya dengan cara tradisional iaitu seperti duduk di kerusi biasa yang membosankan, atau anda boleh mengambil kesempatan dengan memusingkan kerusi tersebut

Kerusi permainan Buddy menawarkan harga yang agak murah, dengan pra-pesanan berharga di bawah 5,000 yen (RM 195.85)

Buddy yang hebat ini boleh menjadi milik anda seperti 2 juta orang lain di dunia ini yang telah membuat pesanan. Layari Amazon.jp untuk membuat pesanan sehingga tarikh tutup April 2017. Pesan awal supaya anda dapat memilih warna  pilihan sendiri seperti hijau daun, coklat gelap dan merah jambu.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.