Tips

Bermain Nintendo Switch Ala-ala GameBoy Dengan Pocket Dock SP

Diolah oleh hang92

Pemain di seluruh dunia mempunyai kreativiti masing-masing. Kali ini, Nintendo Switch diubah seperti Game Boy Advance dengan menggunakan Pocket Dock SP dimana hasil kerja oleh CptnAlex dan ditunjukkan pada Instagram milik dia.

Seperti yang anda lihat di atas, konsol mudahalih Game Boy Advance digunakan semula untuk menyambung Switch ke dalam dok menggunakan lubang HDMI dan USB. Pemain ini sedar bahawa papan litar Game Boy adalah lebih kurang sama dengan Switch, maka di situlah tercetusnya idea untuk menyambungkan kedua konsol mudahalih ini.

 

Walaupun ubahsuai ini dirasakan tidak perlu, namun kita perlu memberi kredit terhadap daya kretiviti oleh pemain muda ini. Dan bagi sesiapa yang rasa ragu-ragu samada ubahsuai ini berjaya atau tidak, sila lihat pada video di bawah.