Berita

Bermain Nintendo Switch Menggunakan Pengawal PlayStation

nintedo-switch-ps4-controller
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Nintendo telah membolehkan beberapa cara untuk anda mengawal permainan menggunakan mod pegangan tangan Joy-Cons,  samada dalam mod tablet dimana Joy-Cons digunakan dengan cara terpisah untuk permainan yang melibatkan dua pemain, atau di dalam mod docking dimana anda diberi pilihan untuk bermain menggunakan Pro Controller. Tetapi bagaimana pula jika anda lebih selesa dengan penggunaan pengawal PlayStation anda?

brook-converter-switch

Syarikat Brook Design telah mencipta alat pelbagai penukar (all converter) pengawal untuk sistem yang berbeza termasuk Wii U. Super Converters ini membolehkan anda menggunakan pengawal pilihan anda dengan perkakasan yang tidak disokong pada asalnya.

brook-pengawal-ps-nintendo-switch

Seperti yang dilaporkan Tiny Cartridge, Brook mengemas kini PS3 / PS4 kepada Wii U Super Converter untuk menyokong juga Nintendo Switch. Penukar ini kelihatan seperti pemacu pena USB yang akan dipasang ke Nintendo Switch. Kemudian pengawal PS3 atau PS4 dipasangkan ke penukar itu dan boleh terus diapkai sebagai peranti input bersama sokongan getaran.

Seperti yang ditunjukkan dalam halaman produk Brook, terdapat keserasian butang penuh yang tersedia dengan hanya butang Share PS4 dan butang Select PS3 yang tidak boleh digunakan.  

nintendo-switch-ps4-controller

Peringatan; Nintendo tidak gemar dengan inisiatif seperti ini dan lebih gemar jika anda membeli aksesori rasmi, jadi jangan terkejut jika ia gagal berfungsi selepas kemas kini Nintendo Switch pada masa hadapan.

Harga penukar ini adalah USD34.95 (RM150.00 – tukaran terus), stok sedia ada masih belum diumumkan. Sekiranya anda lebih gemarkan pengawal PS3 atau PS4, ini pasti menjadi satu godaan untuk anda memilikinya.

Sumber: PCMag

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.