Imbasan

BERSERK AND THE BAND OF THE HAWK

Diolah oleh Along Naz

Saksikan adunan gabungan permainan yang hebat dan ganas di antara “ Warriors” dan Berserk”! Permainan ini dihasilkan untuk beberapa platform permainan seperti PlayStation 4, PlayStation 3, PlayStation Vita dan Microsoft Windows

Dalam permainan ini, tindakan anda adalah untuk ‘memotong’ ratusan musuh- musuh anda. Diasaskan daripada siri “Warriors”, serta digabungkan dengan aksi ngeri di dalam dunia “Berserk”.

Dengan pelbagai tindakan yang dilihat agak mustahil seperti menggunakan pedang bersaiz gergasi untuk ‘memotong’ musuh, anda samaada membunuh dengan hayunan pedang atau membaling musuh ditambah dengan tindakan ngeri “Slash and Smash”.

Pernambahan kepada kisah yang telah diketahui ini, “ The Golden Age Arc”, anda juga boleh menyertai Guts yang ingin melunaskan dendamnya melalui “The Hawk of the Millennium Arc”.

Selain daripada watak wira, Guts, terdapat juga karektor- karektor lain yang anda boleh pilih untuk bermain.  Tambahan lagi, suara aktor Jepun yang bersama dari trilogi dan siri animasi yang baru ini masih digunapakai di dalam “BERSERK AND THE BAND OF THE HAWK”.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.