Berita

Bethesda Dikecam Kerana Menghantar Tweet Mengenai Nazi Untuk Permainan Wolfenstein II

Diolah oleh hang92

Sambungan francais kepada siri permainan Wolfenstein akan tiba pada hujung bulan ini. Permainan terbaru ini mengisahkan tentang anda yang perlu membunuh kesemua askar Nazi di sepanjang permainan. Namun penerbit permainan tersebut, Bethesda merasakan kempen pemasaran yang dilakukan oleh mereka masih lagi belum berkesan kepada pengguna di seluruh dunia.

Baru-baru ini mereka ada menghantar tweet mengenai Nazi bagi memasarkan permainan terbaru mereka iaitu Wolfenstein II: The New ColossusBethesda menggunakan hashtag “Make America Nazi-Free Again.”