Berita

Beyond Good and Evil 2: Bukan Sekadar Angan-angan Ubisoft

Diolah oleh hang92

Kami ada berita baik untuk semua orang, Beyond Good & Evil 2 bukan hanya sekadar treler yang dibuat-buat oleh Ubisoft untuk tampak gempak untuk pemain. Kini ianya boleh diandaikan sebagai suatu projek yang benar-benar wujud tetapi masih lagi dalam pembangunan.

Untuk membuktikannya, Ubisoft telah mengeluarkan suatu video cara permainan selama 15 minit yang jelas menunjukkan permainan Beyond Good & Evil 2 ini boleh dimain.

Pengarah Michel Ancel telah menunjukkan cara ianya dimainkan menerusi demo dan menjanjikan yang terbaik untuk peminat di luar sana.

Sekali lagi diingatkan kepada anda, permainan ini sememangnya nampak menarik dan bercita-cita tinggi. Berapa lama lagi untuk kita tunggu sehingga permainan ini dikeluarkan? Mungkin 2 atau 3 tahun lagi.

Bagi yang tidak pasti apa itu Beyond Good and Evil 2, anda boleh klik pautan di bawah ini;

Beyond Good And Evil 2: Sertai Program Space Monkey Untuk Menguji Permainan Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.