Ura-ura

Beyond Good And Evil 2: Sertai Program ‘Space Monkey’ Untuk Menguji Permainan Ini

Diolah oleh hang92

Beyond Good & Evil 2 pada asalnya diumumkan sejak tahun 2008 lagi, tetapi hanya sedikit sahaja khabar yang kita dengar mengenai permainan itu sehingga hari ini.

Kita tidak menjangka ianya akan diumumkan pada E3 tahun ini.

Beyond Good & Evil 2 tidak mempunyai tarikh pelancaran lagi setakat ini; Ubisoft, bagaimanapun mengumumkan untuk mengadakan program “Space Monkey” ala-ala NASA yang akan membolehkan pemain untuk menguji permainanan secara beta terlebih dahulu.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ‘monyet ujikaji’ dengan mencuba permainan ini, anda boleh mendaftar untuk program Space Monkey pada laman web Beyond Good & Evil.

Ubisoft tidak mendedahkan apa-apa maklumat lain tentang permainan Beyond Good & Evil 2, tetapi studio ini membayangkan bahawa permainan ini akan menampilkan “dunia terbuka yang sangat besar.” Pemain juga boleh mengembara di antara pelbagai planet dan bulan yang di angkasaraya.

sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.