Berita

Black Ops 2 kini telah disokong backwards compatible untuk Xbox One

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Mungkin inilah saat yang yang ditunggu ramai oleh pemilik Xbox One dan Black Ops 2. Black Ops 2 kini telah disokong untuk backwards compatible

Berita baik ini telah diumumkan oleh Microsoft semalam, 11 April. Secara meluas dianggap sebagai salah satu permainan Call of Duty yang terbaik dengan ciri permainan yang kompetitif, berita tentang backwards compatibility telah di sambut baik peminat-peminat di atas talian.

Laporan juga mendedahkan bahawa statistik pemain akan dipindahkan jika pemain masih menggunakan akaun yang sama, bermakna pemain tidak perlu bermula dari awal kembali.

Black Ops 2 kini menyertai CoD2, CoD3, CoD: WAW dan Black Ops 1 sebagai permainan yang kini boleh dimainkan di Xbox One dari era Xbox 360.

Selepas Black Ops 2 kini telah disokong untuk backwards compatibility, The Elder Scrolls V: Skyrim adalah permainan yang paling diminta dalam senarai, diikuti dengan tiga lagi permainan Call of Duty – khususnya siri Modern Warfare. Batman: Arkham City pula berada di kedudukan ke lima.

Nota: Backwards Compatible ini bermaksud permainan video untuk Xbox 360 kini boleh dimainkan di Xbox One. Termasuklah CD permainan Xbox 360.

Sumber: engadget

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.