Berita

Bluehole Di Dalam Perbincangan Dengan Sony Untuk Membawa PlayerUnknown’s Battlegrounds Ke PS4

playersunknown-battleground-playstation
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Jika anda masih tidak tahu, PlayerUnknown’s Battlegrounds adalah satu tajuk permainan yang cukup popular di platform PC. 13 juta salinan telah terjual dalam tempoh enam bulan dan mencatatkan rekod 1.5 juta pengguna dalam satu-satu masa di Steam.

Baca juga: PUBG Kini Mencecah 1.5 Juta Pemain Dalam Satu-Satu Masa

Dan apa yang lebih penting lagi ialah permainan ini masih belum diumumkan untuk PlayStation 4. Ia mungkin telah dicadangkan pada masa lalu bahawa ianya akan hadir ke konsol Sony, tetapi seperti yang anda tahu, pembikin masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi setakat ini.

Seperti yang diketahui ramai, permainan ini akan  hadir ke Xbox One melalui Xbox Game Preview  akhir tahun ini. Dan kita juga tahu bahawa pelancaran penuh dirancang untuk awal tahun 2018. Tetapi di manakah potensi permainan ini untuk versi PS4?

Baca juga: PlayerUnknown’s Battlegrounds Telah Terjual Sebanyak 10 Juta Salinan Setakat Ini

Tetapi dalam temu bual terbaru dengan Bloomberg, pengasas Bluehole, Chang Byung-gyu mengesahkan bahawa pemaju itu telah berbincang dengan semua syarikat konsol utama, secara khusus menyebut perbincangan berterusan dengan Sony tentang memperkenalkan versi PS4 selepas permainan ini dilancarkan di Xbox One.

Menariknya, Chang mengatakan bahawa Bluehole sedang berbincang dengan semua syarikat konsol utama, tetapi hanya menyebut Sony secara khusus.

Tetapi tentunya, Nintendo juga termasuk ke dalam “semua syarikat konsol utama.” Maka, adakah PlayerUnknown’s Battlegrounds juga akan hadir ke Nintendo Switch? Sama-samalah kita menantikannya.

PlayerUnknown’s Battlegrounds sudah boleh didapati untuk platform PC.

Sumber: DualShockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

PlayerUnknown’s Battlegrounds Melangkaui Jumlah Pemain Serentak Dota 2

PUBG Kini Mencecah 1.5 Juta Pemain Dalam Satu-Satu Masa

PLAYER UNKNOWN‘S BATTLEGROUNDS BAKAL DILANCARKAN DI KONSOL?

PlayerUnknown’s Battlegrounds Telah Terjual Sebanyak 10 Juta Salinan Setakat Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia