Berita

Bolivia Membuat Bantahan Rasmi Terhadap Permainan Tom Clancy’s Ghost Recon

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Kerajaan Bolivia telah memfailkan aduan rasmi kepada kedutaan Perancis di La Paz tentang permainan video yang dihasilkan oleh sebuah syarikat Perancis, Ubisoft yang menggambarkan negara Amerika Selatan itu sebagai kawasan yang dikawal oleh pengedar dadah.

Baca di sini untuk mengetahui sinopsis permainan Tom Clancy’s Ghost Recon

Bercakap kepada pemberita pada hari Rabu, Menteri Dalam Negeri Carlos Romero berkata Bolivia telah menyerahkan surat kepada kedutaan Perancis dan meminta kerajaan Perancis untuk campur tangan, sambil menambah bahawa Bolivia berhak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kami mempunyai hak untuk melakukannya (mengambil tindakan undang-undang), tetapi kami tidak berbuat demikian kerana kami lebih suka melalui rundingan diplomatik,” kata Romero.

Dalam permainan video ini, menurut sinopsis, kartel dadah Mexico telah mengawal Bolivia dan telah menjadikannya negara itu penuh dengan keganasan.

Tahukah anda, Bolivia merupakan negara pengeluar ketiga terbesar di dunia untuk daun koka, digunakan untuk menghasilkan kokain, di belakang Colombia dan Peru.

Dalam satu kenyataan kepada Reuters pada hari Khamis, Ubisoft berkata permainan ini merupakan karya fiksyen semata-mata dan Bolivia dipilih kerana sebagai latar belakang negara ini sesuai untuk permainan kerana lanskap yang indah dan kaya dengan budaya.

Sumber : reuters

Kita mengharapkan supaya ketegangan ini tidak melarat seperti hubungan Malaysia dan Korea Utara di mana mereka masing-masing mengambil tindakan untuk mengusir keluar duta dari negara mereka.

Jika anda telah mengalami sebarang pandangan, jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.