Ura-ura

Bravo Team: Akan Datang Eksklusif Hanya Di PSVR

Diolah oleh hang92

 Syarikat Supermassive Games yang sebelum ini membuat permainan Until Dawn kini telah mula berkecimpung dalam pembikinan permainan untuk VR pula.

Cuma kali ini, permainan pertempuran-tembak menembak ini kelihatan lebih bergaya dan agak memuaskan hati. Inilah permainan VR Bravo Team.

Di dalam permainan ini, anda akan menjadi tentera dalam pandangan orang pertama (FPS) dan permainan ini diperkenalkan untuk PSVR di E3 2017.

Nampaknya tiada lagi tarikh pengeluaran diumumkan setakat ini.

Saksikan treler pengenalan di bawah;

sumber: uploadvr

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.