Berita

BRAWLOUT: Daripada Platform Steam, Turut Boleh Dimainkan Untuk Nintendo Switch, Xbox One dan Playstation 4 Pada Akan Datang

Diolah oleh Along Naz

Menurut syarikat yang membangunkan permainan Brawlout, Angry Mob Games, Brawlout kini dalam pembikinan untuk konsol hibrid Nintendo Switch. Dalam masa yang sama juga mereka turut mendedahkan watak baru pemain, Hyper Light Drifter, untuk permainan indie bergenre aksi ini.

Brawlout telah membuat kemunculan untuk Steam semenjak April lepas. Untuk pengetahuan anda, Brawlout adalah sebuah permainan tempur dilengkapi dengan pertarungan atas talian yang boleh disertai dengan maksimum empat pemain dalam satu- satu masa. Sumber juga mendedahkan permainan ini akan dikeluarkan untuk Xbox One dan juga Playstation 4 sedikit masa lagi.

Kita saksikan bersama-sama treler permainan Brawlout di bawah ini.

Selain itu, menurut CEO Angry Mob Games, Bogdan Iliesiu, karektor terbaru dalam permainan ini Hyper Light Drifter boleh didapati di dalam Steam mulai hari ini. Beliau juga menyatakan bahawa watak baru ini sangat sempurna untuk dimasukkan di dalam dunia Brawler ini.

sumber: vgchartz

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.