Pilihan Kami Ulasan

Breath of the Wild vs. Horizon Zero Dawn : Yang Mana Lebih Baik?

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Mac baru sahaja bermula dan kita sudah mempunyai dua permainan hebat untuk permainan video. Dua permainan ini mempunyai banyak persoalan samada anda patut atau tidak membeli permainan ini.

Salah satu faktor yang benar-benar membuat Horizon Zero Dawn dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild membuatkan mempunyai peminat tersendiri kerana jalan cerita dan keterbukaan dunianya.

Kedua-duanya menawarkan pengalaman dunia terbuka dengan misi pencarian sampingan masing-masing.

PS4 mempunyai Horizon Zero Dawn, permainan PS4 eksklusif daripada Guerrilla Games yang dikeluarkan pada 28 Feb lepas dan disebut-sebut sebagai salah satu permainan eksklusif yang terbaik yang ada pada konsol sekarang.

Nintendo Switch pula mempunyai The Legend of Zelda: Breath of the Wild, permainan eksklusif Nintendo yang telah mendapat sambutan hangat dari hampir semua pemilik Nintendo Switch mempunyai permainan ini.

Tetapi terdapat faktor-faktor lain yang akan membuatkan anda perlu untuk membeli permainan tersebut. Jadi mari kita menyelami ulasan beberapa faktor utama samada anda perlu membeli atau tidak permainan tersebut.

1 – BERMULANYA SEBUAH KISAH

Horizon Zero Dawn membawa pemain ke dalam dunia seribu tahun selepas kejatuhan manusia di tangan mesin yang mereka bina. Anda memainkan watak Aloy, seorang anggota suku kaum pemburu selepas zaman kejatuhan manusia, ditugaskan untuk menyelesaikan misteri di sebalik apa yang telah menghantar mesin ke dalam ribut sekali lagi.

Dalam pengembaraan, anda akan meneroka kisah dalam dunia yang boleh membawa maut, haiwan mesin, kemandirian untuk terus hidup dalam persekitaran yang sangat indah. 

Cerita ini memberi tumpuan kepada Aloy, orang yang pertama dibuang bangsanya sendiri, tetapi kemudian menjadi harapan terakhir mereka. Kisah ini meliputi beberapa tema matang seperti elemen prejudis dan perang.

Breath of the Wild mempunyai pemainan untuk meneroka dunia yang terbuka bertahun-tahun selepas beberapa jenis malapetaka. Ganon mengambil alih istana Hyrule dan Hero of Time, Link, berada dalam keadan tidur selama 100 tahun.

Musuh-musuh yang anda hadapi adalah lebih berdasarkan fantasi, jadi tidak ada darah atau adegan grafik. Walaupun permainan ini sangat serius dalam cabaran, persembahan video juga sangat cantik dan permainan ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Horizon Zero Dawn : 1

Breath of the Wild : 1

2 – CARA PERMAINAN / GAMEPLAY

Horizon Zero Dawn lebih kepada aktiviti memburu dan itu merupakan teras HORIZON. Anda perlu untuk menyusun strategi terhadap musuh-musuh seperti memasang perangkap dan sebagainya. Permainan ini juga mempunyai unsur-unsur RPG dengan menggunakan pengalaman dan kemahiran Aloy.

Breath of the Wild menggunakan persekitaran dalam usaha untuk membuat kemahiran sepanjang anda melalui pengembaraan, Jika Link berseorangan tidak banyak yang boleh dilakukan oleh beliau.

Memasak perlu dilakukan menggunakan api, peluru perlu dicari atau diambil dari musuh. Juga, senjata akan musnah selepas digunakan. Selain itu, anda perlu untuk menguruskan stamina sepanjang pengembaraan ini.

Horizon Zero Dawn : 1

Breath of the Wild : 1

3 – PLATFORM

Jika anda tidak mempunyai PS4, anda tidak boleh bermain Horizon Zero Dawn (kecuali jika meminjam daripada rakan-rakan anda)

Horizon Zero Dawn menawarkan untuk memenuhi media sosial anda dengan screenshot, video, malah GIF, terus dari konsol anda.

Jadi berterima kasihlah kepada PS4. Terdapat juga mod foto yang membolehkan anda memaparkan tangkapan indah dengan kesan yang berbeza. 

Breath of the Wild juga membolehkan anda untuk mengambil screenshot. Tetapi untuk berkongsi screenshot anda, ianya tidak dapat dilakukan dengan segera, dan anda tidak boleh mengambil apa-apa video dengan menggunakan Nintendo Switch.

Tiada tahap pencapaian, achievements pada Switch ataupun Wii U, walaupun ini tidak penting untuk anda tetapi bagi sesetengah orang ia amat penting, jadi ia adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan.

Juga perlu diingatkan bahawa jika anda mempunyai Switch, anda dapat bermain Breath Wild di mana sahaja tidak kira tempat.

Horizon Zero Dawn : 1

Breath of the Wild : 0

4 – KESESUAIAN UMUR

Horizon Zero Dawn menawarkan naratif dan grafik yang baik. Tetapi mungkin permainan ini lebih sesuai untuk golongan belia sahaja kerana jika anda sedang mencari permainan yang berlatarbelakangkan warna-warni, anda mungkin perlu melihat permainan lain.

Atau mungkin Breath of the Wild lebih sesuai untuk kanak-kanak selain daripada anda kerana anda rasakan bahawa permainan fantasi bukan pilihan anda.

Walaupun betapa hebatnya permainan itu sendiri, tetapi naluri membunuh anda tetap dahagakan kepuasan untuk dan anda hanya mahu membunuh dan menghancurkan gergasi dan raksasa besi.

Horizon Zero Dawn : 1

Breath of the Wild : 0

5 – LAIN-LAIN

Kedua-duanya menawarkan pendekatan yang berbeza. Dengan Horizon Zero Dawn bersandar lebih ke arah usaha anda dan strategi dengan teras RPG, dan Breath of the Wild pula lebih ke arah survival dan pengurusan.

Horizon Zero Dawn : 1

Breath of the Wild : 1

KESIMPULAN

Jika ia masih sukar untuk dipilih, tetapi anda mempunyai lebihan wang dan ditambah pula dengan ‘wang ehsan’ BR1m baru-baru ini, Maka anda boleh membeli kedua-duanya. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.