Berita

Buku Mewarna Dewasa The Witcher Telah Diumumkan Oleh Dark Horse Comics

Diolah oleh hang92

Pada hari ini, syarikat pembikin permainan CD Projekt Red telah mengumumkan kerjasama terbaru mereka dengan Dark Horse Comics untuk mengeluarkan buku mewarna dewasa rasmi untuk permainan The Witcher. 

Buku mewarna ini akan menampilkan imej pengembaraan oleh watak di dalam The Witcher seperti Geralt, Ciri, Triss, Yennefer, Shani, dan semestinya Roach (GOAT), dan bersama watak sampingan lain seperti musuh dan sebagainya.

Image result for THE WITCHER ADULT COLORING BOOK

Dark Horse Comics berkata buku mewarna ini “sempadan hitam putih untuk lukisan ini sangat unik dan terperinci” yang diilhamkan oleh beberapa siri iaitu The Witcher, The Witcher II: Assassins of Kings, dan The Witcher III: Wild Hunt.

Mereka menjangka buku lukisan mewarna yang mempunyai 96 halaman ini akan dilancarkan pada 1 November 2017 dan akan berharga $14.99 USD (~ RM 64)

Related image

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta membuat pra pesanan, anda boleh layari laman web Dark Horse di sini.

Pada pandangan kami, kami tidak suka mewarna kerana tiada bakat — malah kami tidak tahu pun bagaimana cara untuk mewarna. Tetapi secara jujur kami rasa kami akan beli jika ada terjual di kedai buku di Malaysia kerana kami terlalu suka permainan The Witcher.

sumber: outrightgeekery

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.