Berita

Call of Cthulhu: Menyiasat Kematian Misteri Di Pulau Darkwater

Diolah oleh hang92

Selami ke dalam fikiran seorang penyiasat persendirian iaitu Edward Pierce.

Edward tidak lagi dapat membezakan antara realiti dan mimpi dan ini menjadikan dia mudah terpengaruh di bawah kawalan The Great Dreamer.

Edward telah dihantar ke pulau Darkwater untuk mendedahkan kebenaran di sebalik kematian misteri sebuah keluarga. Anda akan ditugaskan untuk menyiasat latar belakang penduduk tempatan yang mencurigakan, ikan paus yang terdampar, dan juga beberapa orang yang hilang di kampung pulau tersebut.

Minda Edward Pierce akan mengalami pelbagai cabaran sewaktu permainan ini nanti, dia tidak boleh mengimbangi garis antara kewarasan dan kegilaan.

Cuma satu sahaja tips yang dapat kami beri, jangan percaya pada sesiapa.

sumber: youtube

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.