Ura-ura

Call Of Duty : Akan Hadir di Telefon Bimbit Pada Masa Akan Datang

Diolah oleh Konsol

Walaupun permainan Call Of Duty sering mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Tetapi kami yakin, permainan ini juga mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Baru-baru ini, pembikin permainan mudah alih pada telefon bimbit terkemuka iaitu King yang popular dengan permainan Candy Crush telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan permainan Call Of Duty baru di platform telefon pintar.

Antara petikan menarik tentang perjalanan pembangunan Call Of Duty di platform mudah alih:

“Cabaran kita sebagai satu pasukan adalah untuk mewujudkan pengalaman yang hebat kepada peminat Call of Duty ketika mereka bermain permainan ini di platform mudah alih seperti telefon bimbit.

Kami juga berusaha sedaya upaya untuk memberikan pengalaman yang sama kepada peminat permainan Call Of Duty sebagaimana mereka bermain permainan ini di platform konsol.

Ia sesuatu pengalaman yang baru bagi peminat-peminat kami yang tidak pernah bermain dengan siri Call Of Duty sebelum ini”

Walaubagimanapun, buat masa ini masih tiada butiran khusus tentang bagaimana permainan Call Of Duty baru ini akan dimainkan.

Pihak pembikin juga masih belum menyiarkan sebarang trailer khas berkaitan permainan ini dan bagaimana permainan ini akan dimainkan pada platform telefon mudah alih.

Tetapi berdasarkan petikan di atasKami yakin yang mereka benar-benar serius dalam hal ini kerana semua sedia maklum, pasaran telefon mudah alih berkembang dengan amat pantas, dan ini sesuatu yang bakal menguntungkan pihak King dan juga peminat permainan Call Of Duty secara khususnya.

Rumusan

Jadi jika permainan Call Of Duty baru ini benar-benar dikeluarkan, adakah anda sebagai pemain permainan video konsol akan turut serta memainkan ia? Terus terang kami katakan, yang kami amat teruja untuk mencuba permainan ini kerana bak kata pepatah jauh perjalanan, luas lagi permandangan 🙂

Sumber : reload.king

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia