Berita

Call of Duty Black OPS 3 DLC : Zombies Chronicles akan hadir ke PS4

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Telah disahkan bahawa lapan petak klasik, fully-remastered dari Call of Duty: World at War, Call of Duty: Black Ops, dan Call of Duty: Black Ops II akan dikeluarkan serentak dalam satu pakej pada 16 Mei ini.

Pemain juga akan mendapat kandungan bonus seperti di bawah;

  • 20 cawan untuk Liquid Divinium
  • 2 senjata baru GobbleGums
  • Zombies Pack-A-Punch –  camo senjata.
  • Black Ops III Zombies Chronicles Dynamic PS 4 System Theme

Dan untuk menambah seri pelancaran ini, satu acara khas ‘eight days of the Undead‘ untuk pemain akan diadakan, yang mana pemain boleh melibatkan diri dalam cabaran komuniti  dengan ganjaran percuma akan ditawarkan dalam permainan seperti kandungan bonus di atas  – termasuk ganjaran double XP.

Call of Duty: Black Ops III Zombies Chronicles akan hadir ke PS4 pada 16 Mei dengan tanda harga USD29.99 (RM130.31 – tukaran terus), dan memerlukan permainan asal Black Ops III. Setakat ini, masih tiada maklumat diumumkan untuk Xbox One atau PC.

Sumber : twinfinite

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.