Berita

Call of Duty: Modern Warfare Remastered Akan Dilancarkan Pada 27 Jun Ini

Diolah oleh hang92

Jika sebelum ini anda tidak pernah bermain Call of Duty: Infinite Warfare, mungkin kini tiba masanya untuk anda mencuba permainan yang dikeluarkan semula iaitu Call of Duty: Modern Warfare Remastered.

Activision telah mengumumkan bahawa remastered version ini merupakan permainan tembak klasik yang akan dikeluarkan semula untuk platform PS4 pada 27 Jun ini, samada secara digital atai fizikal. Platform-paltform tidk pula diumumkan tetapi kami percaya platform lain juga turut akan merasai kehebatan permainan ini pada suatu ketika nanti.

Call of Duty: Modern Warfare Remastered akan mempersembahkan kesemua kempen permainan penuh sekaligus dengan 16 peta asal daripada permainan tersebut. Cuba lihat treler permainan ini di bawah;

Adakah anda berminat untuk dapatkan permainan ini? Untuk kami ya, sebab kami pernah bermain permainan ini dan untuk bermain dengan versi yang dibuat semula, mungkin ianya akan menjadi hebat taktala mengimbau kenangan bersama PS3 dahulu.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.