Berita

Call of Duty World War 2 : Treler Multiplayer Dipertontonkan Buat Kali Pertama

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sidang akhbar E3 Sony menjadi tumpuan untuk butiran terkini Call of Duty: World War 2, dan ianya tidak mengecewakan apabila treler baru dalam permainan dipertontonkan.

Call of Duty: World War 2 akan membawa pemain kembali ke teater Eropah pada tahun 1944 dan 1945, dan menampilkan platun Amerika dan juga watak-watak sampingan termasuk askar wanita, seorang askar dalam unit Afrika-Amerika, seorang pegawai British dan juga kanak-kanak.

Jalan cerita ini diceritakan dari sudut pandangan Ronald “Red” Daniels, askar yang baru direkrut Tentera Darat Amerika Syarikat, 1st Infantry Division, juga dikenali sebagai “The Big Red One” dan “Fighting First.

Ini adalah permainan pertama yang ditubuhkan dalam Perang Dunia ke – 2 sejak Call of Duty: World at War.

Call of Duty: World War 2 akan hadir pada 3 November  tahun ini, untuk PlayStation 4, Windows PC dan Xbox One.

Sumber : polygon

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Call of Duty WW2 : Mod Multiplayer Akan Mempunyai Karakter Askar Wanita

Saksikan Treler Rasmi Call of Duty: WWII

Call Of Duty : Akan Hadir di Telefon Bimbit Pada Masa Akan Datang

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.