Berita

Call Of Duty: WW2 Akan Menampilkan Peta Klasik Dari Permainan Pertama

Carentan
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Salah satu peta multiplayer yang paling terkenal dan dikenali ramai peminat dalam permainan siri Call of Duty terdahulu akan datang semula pada Call of Duty: WWII.

Activision telah mengumumkan bahawa versi pembangunan semula peta Carentan akan muncul dalam siri seterusnya, tetapi eksklusif hanya kepada pemegang season pass.

Carentan pada mulanya muncul dalam permainan Call of Duty yang pertama, dilancarkan pada tahun 2003. Ia juga muncul dalam pek pengembangan, United Offensive, dan Call of Duty 2.

carentan

Peta ini boleh dimainkan pada hari pelancaran, tetapi anda perlu melanggan pas musim (season pass) untuk mendapatkan akses kepada peta ini. Pas musim berharga USD 50 (~RM 212) dan juga dilengkapi dengan empat pek DLC yang akan dikeluarkan pada tahun 2018.

Call of Duty: WWII akan dilancarkan untuk Xbox One, PS4, dan PC pada 5 November.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Call of Duty WWII: Treler Karakter Skuad Diperlihatkan

Sony Telah Mengumumkan Edisi Terhad Berkas PS4 Call of Duty: WWII

Satu Senjata Pilihan Boleh Dinyah Kunci Bagi Call Of Duty WWII Pra Tempahan

Dokumentari Permainan Call Of Duty Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.