Berita Ura-ura

Call of Duty WW2 : Mod Multiplayer Akan Mempunyai Karakter Askar Wanita

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Call of Duty: World War 2‘s akan menampilkan tentera perempuan di dalam mod permainan multiplayer. Ianya disahkan di twitter oleh pengasas bersama Sledgehammer Games, Michael Condrey.

Condrey juga sebelum ini telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya seorang watak wanita akan menjadi protagonis yang boleh dimainkan di dalam mod kempen.

 

Walaupun pengenalan penuh mod multiplayer Call of Duty: World War 2 tidak akan didedahkan sehingga Jun ini, butiran ciri permainan sudah bebas berada di atas talian seperti karakter mod multiplayer yang boleh di ubahsuai.

Sebagai contoh, pelbagai pilihan senjata untuk Perang Dunia ke 2 akan disediakan, termasuk Thompson Submachine Gun, M1 Garand, atau STG Jerman 44. Malah peta telah juga diperkenalkan, yang memaparkan “lokasi ikonik dari seluruh dunia” termasuk Normandy pada D-Day.

Jawapan balas Twitter Michael Condrey yang agak pendek dan kurang konteks telah menyebabkan sedikit kontroversi di atas talian kerana Amerika Syarikat dan negara-negara lain pada era perang dunia ke-2 tidak membenarkan penglibatan wanita di medan tempur.

Maka bagaimana watak wanita akan ditampilkan sebagai watak di dalam mod permainan multiplayer ini dipersoalkan.

Isu ini mungkin tidak ada kena mengena dengan sejarah, tetapi; ia mempunyai kaitan dengan realisme permainan ini. Mungkin kita akan mendapat perincian lebih lanjut pada E3 akan datang. Jadi sama-samalah kita menanti dengan penuh debaran.

Call of Duty: World War 2  akan menyokong platform PC, PlayStation 4, dan Xbox One. Mod permainan multiplayer akan diperkenalkan pada acara E3 akan datang.

sumber : gamerant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.