Berita

Call of Duty: WW2 Valor Collection Edition Didedahkan, Termasuk Tugu Gangsa

valor-collector-edition
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Edisi pengumpul Call of Duty: WW2 telah diumumkan, dan ianya akan datang dalam dua versi yang berlainan. Disebut sebagai Valor Collection Edition, ia pertama kali didedahkan oleh pengasas bersama Sledgehammer, Michael Condrey di Twitter.

Di dalam gambar promo, edisi itu menampilkan tugu gangsa, 24″ x 36″ poster Nazi Zombies, lambang untuk setiap Divisyen permainan dan pin Blood Raven Sword.

Tidak lama selepas tweet Condrey dimuat naik, EBGames Australia membuka pra pesanan untuk edisi pengumpul ini, mendedahkan bahawa terdapat dua versi berbeza.

Valor-Collection-Edition

Valor Collection Pro mengandungi semua seperti yang diterangkan di atas, juga bersama pas musim permainan. Ia hanya tersedia untuk PS4, dan Xbox One, dan dilengkapi dengan bekas buku keluli (steelbook case).

Valor Collection yang biasa pula tidak mengandungi pas musim, dan bekas permainannya hanya bekas keluli (steelcase) dan bukannya bekas buku keluli (steelbook case). Kedua-duan versi ini mengandungi bonus pra pesanan iaitu Divisions Pack DLC.

Call of Duty: WW2 akan hadir pada 3 November ini di PC, PS4, dan Xbox One. Sementara percubaan beta permainan bermula 25 Ogos ini.

Sumber: vg247

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Lebih Banyak Maklumat Mengenai Call Of Duty WW2 Akan Didedahkan Pada Minggu Hadapan

Sledghammer Kecewa Dengan Ketirisan Mod Zombi Bagi Permainan Call Of Duty WW2

Call of Duty WW2 : Mod Multiplayer Akan Mempunyai Karakter Askar Wanita

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.