Berita

Call of Duty WWII: Treler Karakter Skuad Diperlihatkan

call-of-duty-world-war-2
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pembikin Sledgehammer Games dan penerbit Activision telah mengeluarkan empat treler baru untuk permainan penembak pertama mereka yang akan datang Call of Duty: WWII.

Setiap treler memperlihatkan watak tertentu yang terlibat dengan mod cerita permainan. Yang pertama adalah berdasarkan watak utama permainan, Ronald “Red” Daniels; yang kedua memperkenalkan kita kepada sahabat karib Red; Robert Zussman; yang ketiga memberi tumpuan kepada pemimpin skuad anda, William Pierson; dan akhir sekali tertumpu kepada Joseph Turner, leftenan skuad.

Treler ini dikeluarkan pada hari kedua Sledgehammer Games’ Week of Intel, yang akan melihat pembikin mengumumkan beberapa maklumat baru mengenai mod kempen permainan setiap hari hingga 21 September 2017.

Untuk hari pertama acara tersebut, treler mod jalan cerita baru telah dikeluarkan. Sementara itu, akan datang pemain akan diperkenalkan kepada sekutu-sekutu yang akan pemain jumpai semasa berperang melawan kuasa Axis.

Di bawah, anda boleh menonton treler seperti yang dinyatakan di atas:

Call of Duty: WWII akan dilancarkan secara rasmi pada 3 November, 2017, dan akan tersedia di PlayStation 4, Xbox One, dan PC.

Sumber: DualShockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Sony Telah Mengumumkan Edisi Terhad Berkas PS4 Call of Duty: WWII

Satu Senjata Pilihan Boleh Dinyah Kunci Bagi Call Of Duty WWII Pra Tempahan

Dokumentari Permainan Call Of Duty Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Call of Duty World War 2 : Treler Multiplayer Dipertontonkan Buat Kali Pertama

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.