Berita

Candy Crush Kini Mempunyai TV Realitinya Yang Tersendiri

Diolah oleh hang92

Kita kadang-kadang terfikir kenapa ada rancangan seumpama ini akan disiarkan di TV seperti Candy Crush the TV show ini. Jawapannya adalah sangat mudah, kerana masyarakat pada dekad ini gemar melihat orang lain bermain dengan permainan. Seperti contoh di Malaysia ini, permainan seperti Roda Impian, Bolos, Super Spontan (itu sahaja yang kami ingat) dan banyak lagi menjadi tarikan utama stesen TV untuk menaikkan jumlah pengguna mereka.

Cuma yang hairannya, adakah masyarakat mahu menyaksikan permainan Candy Crush ini melalui siaran TV? Atau lebih baik saksikan sahaja permainan lain yang lebih mencabar pada laman web Twitch, dimana mereka tidak memerlukan TV untuk menyaksikan orang lain bermain permainan.

Baca juga: Apa Itu Twitch Dan Kaitannya Dengan Konsol?

Untuk ulasan berkaitan tajuk artikel pula, sebenarnya tiada yang menarik apabila permainan mudah alih terkenal iaitu Candy Crush ditukarkan menjadi siri TV realiti. Permainan realiti ini tidak memerlukan strategi yang khusus oleh peserta atau sebarang ujian yang menguji minda. Kita semua tahu bahawa Candy Crush tidak memerlukan anda untuk memerah otak dan merupakan permainan yang santai.

Candy Crush melibatkan banyak peringkat dan jika anda tidak dapat melepasi sesuatu peringkat maka sejumlah bayaran tertentu diperlukan untuk anda melangkau ke peringkat yang lebih tinggi.

Stesen TV terkenal Amerika Syarikat iaitu CBS telah melancarkan treler terbaru mengenai permainan TV realiti mereka. Anda boleh saksikan video tersebut di bawah.

Dengan pelancaran permainan terbaru ini, ternyata bukan sahaja stesen TV di Amerika Syarikat sudah kekeringan idea, Malaysia juga apa kurangnya.

Kita berharapkan supaya stesen TV di Malaysia dapat melahirkan lebih banyak permainan TV realiti yang sekurang-kurangnya lebih kreatif daripada Candy Crush, bukannya meniru idea orang lain lalu dijadikan kandungan tempatan.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.