Berita

Capcom Mengumumkan 3.7 Juta Salinan Telah Terjual Untuk Residen Evil 7

resident-evil-7
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Capcom telah mengumumkan keputusan kewangan untuk suku terakhir, yang berakhir pada 30 Jun. Ianya telah memberi tumpuan terutama pada hasil komersil Resident Evil 7 Biohazard dan Ultra Street Fighter II: The Final Challengers.

RESIDENT EVIL 7 biohazard_20170124193542

Walaupun pada mulanya Capcom mensasarkan jualan 10 juta salinan Residen Evil 7, tetapi setakat ini francais itu hanya berjaya menjual sebanyak 3.7 juta unit, angka yang walaupun tidak memenuhi rancangan syarikat itu, tetapi masih belum boleh dianggap sebagai kegagalan. Street Fighter V pula hanya terjual sebanyak 1.7 juta unit.

Walau bagaimanapun, data keseluruhan syarikat adalah positif, setelah mencapai pertumbuhan 7.5% dalam tempoh yang sama tahun lepas dan dengan tajuk yang hebat yang akan hadir. Ultra Street Fighter II untuk Nintendo Switch adalah kejayaan yang besar.

ultra-street-fighter-2

Untuk Ultra Street Fighter II The Final Challengers, penerbit mengumumkan bahawa ia bermula dengan permulaan yang baik di pasaran, tetapi pada masa ini angka penjualan permainan ini masih di bawah jumlah keseluruhan salinan yang diedarkan.

Sumber: wccftech

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Pertengahan Tahun Pertama 2017 Pasaran Jepun Diterajui oleh Nintendo Switch, Monster Hunter dan Resident Evil 7

Ultra Street Fighter II : Sebab Kukuh Kenapa Anda Perlu Memiliki Nintendo Switch

Street Fighter IV: Champion Edition Membawa Pertarungan Dari Konsol Ke iOS

Street Fighter 5 : Capcom Mencipta Kontroversi Dengan Bacaan Ayat Suci Islam

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.