Tips

Cara-cara Untuk Membuat Akaun PSN US

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Membuat akaun PSN US di PS4 ada kelebihannya sebagai contoh jika anda ingin membeli permainan yang hanya ditawarkan di akaun PSN US atau mengakses perkhidmatan seperti Netflix.

Baca juga : Senarai Permainan PS2 Yang Boleh Di Main Di PS4 Setakat Ini

Di sini kami sediakan cara-cara untuk membuat akaun PSN US

  1. Pada PS4 anda, log keluar daripada akaun anda (anda boleh berbuat demikian dengan menekan pada butang “PS” dan memilih “log out“).
  2. Pilih “New User
  3. Sebaik sahaja anda menerima perjanjian undang-undang pengguna (agreement), anda akan dibawa ke “welcome screen”. Pilih “Next“.
  4. Seterusnya akan berada di skrin log masuk. Pilih “New to PSN? Create an Account“.
  5. Skrin seterusnya akan memaparkan “Sign up for PSN“. Pilih ‘Sign Up Now‘.
  6. Skrin seterusnya anda perlu memasukkan maklumat seperti berikut; Country/Region ( Pilih United States ), Language, Date of Birth ( formatnya adalah Bulan/Hari/Tahun )
  7. Anda juga perlu memasukkan maklumat City, State, dan postal code – Kami mencadangkan anda untuk melakukan carian di google untuk alamat di US. Alamat tidak berapa penting selagi ia kelihatan sah. Sebagai contoh; 3205 Northeast Loop 286, Paris, TX 75460
  8. Anda juga akan perlu memasukkan Sign-in ID (alamat e-mel) dan kata laluan. Jika anda sudah mempunyai akaun PSN di rantau lain, anda tidak boleh menggunakan semula alamat e-mel anda yang sedia ada kerana ia telah di daftar untuk akaun “lain” anda. Anda boleh membuat alamat e-mel baru untuk akaun PSN US anda ini.
  9. Akhir sekali, pilih ID dalam talian (apa sahaja yang anda mahu) dan masukkan nama anda (nama asli atau tidak, tidak menjadi satu masalah). Lengkapkan tetapan pilihan yang masih ada, dan anda kini sudah mempunyai akaun PSN US!

Anda mungkin ingin membeli US PlayStation Network Card untuk melakukan pembelian di US PSN STORE. Perkara ini bukanlah satu masalah kerana terdapat banyak penjual atas talian yang menjual US PSN Card ini.

Selamat datang ke akaun US baru anda! Ia boleh digunakan di PS4 yang sama selari dengan akaun anda yang lain.

Baca juga : APA ITU REGION DALAM SONY PLAYSTATION?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.