Tips

Cara Menggunakan Pengawal PS4 Pada PS3

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Masih banyak permainan yang menarik pada gen konsol yang lepas – tetapi satu-satunya perkara yang mungkin menghalang anda daripada menukar input HDMI ke konsol lama anda adalah kerana sangkaan yang anda perlu menggunakan DualShock 3 lama anda untuk bermain.

Namun satu perkara baik yang mungkin tidak diketahui ramai adalah kebolehan DualShock 4 digunakan untuk PlayStation 3 melalui sambungan bluetooth.

Nota penting; anda tidak akan mendapat ciri getaran pengawal atau SixAxis sebaik sahaja sambungan bluetooth berjaya dilakukan tetapi dapat merasai kembali pengalaman bermain Burnout Paradise adalah satu perkara yang berbaloi.

Berikut adalah cara-cara untuk menghubungkan DualShock 4 ke Playstation 3 ;

  1. Pastikan PS3 anda telah dikemaskini sejak 2014.
  2. Pergi ke ‘Manage Bluetooth devices‘ dalam ‘Accessory settings‘ dalam tetapan menu PS3.
  3. Pilih pilihan ‘Register new Device’ yang akan membolehkan PS3 mencari peranti yang berhampiran.
  4.  Sekarang gunakan DualShock 4 anda; tekan butang Share dan PS serentak sehinggak bar cahaya berkelip. Ini membolehkan DualShock 4 anda disambungkan melalui bluetooth.
  5.  Jika langkah di atas berjaya, PS3 akan dapat dihubungkan dengan DualShock 4 dan anda akan dapat melihat pilihan ‘Wireless Controller‘ yang boleh dipilih.
  6. Pengawal PS4 anda kini boleh berfungsi di PS3 dengan hampir ke semua permainan.

Satu perkara yang perlu diingat adalah anda perlu menghubungkan kembali DualShock 4 anda ke PS4 apabila anda kembali ke PS4 anda.

Anda juga memerlukan pengawal PS3 untuk menggunakan butang PS untuk kembali ke XMB kerana butang PS pengawal PS4 tidak berfungsi untuk membawa anda kembali ke XMB di PS3.

Di sini juga kami sertakan lampiran video tutorial untuk melakukan tetapan seperti di atas. Selamat mencuba!

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.