Berita

Carta Jualan Jepun – Ghost Recon : Wildlands Menjuarai Carta Mingguan

Diolah oleh hang92

Tempoh hari lepas kami ada menyatakan tentang carta jualan tajuk permainan di UK dan Mass Effect : Andromeda menjuarai carta mingguan tersebut.

Hari ni pula kami akan menunjukkan carta jualan di negara asal Nintendo dan Sony ini.

Nampaknya, permainan Ghost Recon : Wildlands telah menjuarai carta pada minggu ini, secara jujurnya kami rasa kami dah tidak larat nak main permainan ini kerana peta yang disediakan adalah terlalu besar. Serius sangat besar.

Horizon: Zero Dawn terus merekodkan profail dengan baik memandangkan ia lebih kepada permainan Barat di Jepun, tetapi Deus Ex : Mankind Divided tidak dapat mengulangi kejayaan pada negara Matahari Terbit itu, gagal untuk memecahkan tempat untuk 20 teratas sama sekali.

Kami lampirkan senarai permainan pada carta 6 teratas bagi jualan PS4 sehingga 26 Mac 2017 untuk anda di bawah.

  1. Ghost Recon: Wildlands
  2. Horizon: Zero Dawn
  3. Kingdom Hearts HD
  4. Senran Kagura: Peach Beach Splash
  5. Accel World VS. Sword Art Online
  6. Grand Theft Auto V

Selain itu, kami lampirkan senarai penuh carta jualan untuk konsol / konsol bimbit sehingga 26 Mac 2017 di Jepun

  1. Switch
  2. New 3DS LL
  3. PlayStation 4
  4. PlayStation Vita
  5. 2DS
  6. PlayStation 4 Pro 
  7. PlayStation 3
  8. New 3DS
  9. Wii U
  10. Xbox One

Walaupun sebenarnya pihak Sony Jepun telah menghentikan jualan bagi Playstation 3, tampak menarik apabila jualan Playstation 3 masih memenangi jualan unit berbanding dengan Xbox One.

sumber : 4gamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.