Berita

Carta Jualan UK – Mass Effect: Andromeda Menjuarai Carta Mingguan

Diolah oleh hang92

Mass Effect: Andromeda telah menduduki carta pertama di carta jualan UK

Permainan ini nampaknya adalah debut ketiga terbaik dalam keempat-empat siri francais permainan Mass Effect

Baca di sini untuk mengetahui kedudukan UK dalam pasaran permainan video di dunia

Ghost Recon: Wildlands pula jatuh ke tempat kedua tetapi pada minggu pelancaran permainan tersebut permainan ini menduduki tangga yang pertama carta jualan.

Manakala Horizon: Zero Dawn terperangkap di tempat keempat hanya di hadapan LEGO Worlds.

Sementara itu, permainan yang dilancarkan tahun lepas seperti Grand Theft Auto V, FIFA 17, dan Rocket League juga termasuk dalam kedudukan sepuluh teratas.

Kami lampirkan senarai penuh permainan pada carta jualan sehingga 25 Mac 2017 untuk anda di bawah.

  1. Mass Effect: Andromeda
  2. Tom Clancy’s Ghost Recon: Wildlands
  3. LEGO Worlds
  4. Horizon: Zero Dawn
  5. Grand Theft Auto V
  6. The Legend of Zelda: Breath of the Wild
  7. FIFA 17
  8. Rocket League
  9. Call of Duty: Infinite Warfare
  10. Forza Horizon 3

sumber : chart-track

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.