Berita

Carta Video Treler Yang Paling Banyak Ditonton Pada Acara E3 2017

Diolah oleh Konsol

Jika sebentar tadi kami baru sahaja menyiarkan artikel kompilasi video treler terbaik pilihan kami sepanjang acara E3 2017.

Artikel kali ini pula berkaitan jumlah tontonan tertinggi bagi video treler yang telah diumumkan pada acara E3 2017 yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

Apabila melihat dari senarai yang telah dikeluarkan oleh pihak Youtube ini, pasti ramai yang akan terkejut ketika menyedari Star Wars Battlefront 2 mengungguli carta ini dengan 8.7 juta jumlah tontonan setakat ini.

Diikuti oleh Super Mario Odyssey dan Assassin’s Creed Origins.

Untuk menentukan permainan dengan tontonan yang paling menyeluruh semasa acara E3 2017, YouTube mengumumkan bahawa hanya video yang rasmi sahaja dipertontonkan pada acara E3 2017.

Ini tidak termasuk video trailer yang telah dimuat naik secara tidak rasmi oleh syarikat media atau peminat.

Berikut adalah senarai carta video treler dengan tontonan tertinggi:

1. Star Wars Battlefront 2 – 8.7 juta tontonan

2. Super Mario Odyssey – 8.2 juta tontonan

3. Assassin’s Creed Origins – 2.8 juta tontonan

4. FIFA 18 – 2.6 juta tontonan

5. God of War – 1.5 juta tontonan

6. Marvel’s Spider-Man – 392 ribu tontonan

7. Need for Speed Payback – 292 ribu tontonan

8. Call of Duty: World War II – 178 ribu tontonan

9. Dragon Ball Fighter Z – 49 ribu tontonan

10. Anthem – 29 ribu tontonan

Tahniah kepada Star Wars Battlefront 2 kerana mengungguli carta ini. Anda boleh menonton kembali video treler Star Wars Battlefront 2 di bawah ini.

Jadi adakah anda rasa memang patut pun video treler Star Wars Battlefront 2 ini mengungguli carta? Atau anda juga mempunyai pilihan yang tersendiri?

Kongsikan bersama kami 🙂

Sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.