Berita

Chroma Squad : Bermain Gaya RPG Ala-ala Power Rangers

Diolah oleh hang92

Cerita yang digemari oleh kebanyakkan orang Malaysia iaitu Power Rangers kini ditukarkan kepada permainan taktikal RPG.

Behold Studios yang berpangkalan di Brazil bekerjasama dengan penerbit Bandai Namco telah menghasilkan permainan Chroma Squad, yang boleh dimainkan pada platfom PS4 dan Xbox One.

Untuk pengetahuan anda, Chroma Squad siri pertama telah dikeluarkan untuk PC pada April 2015, di mana ia mendapat skor “sangat positif” di Steam.

Dalam pemain Chroma Squad, pemain perlu mengawal lima watak dimana mereka telah membuat keputusan untuk berhenti kerja seharian mereka, dan menerbitkan rancangan TV Power Rangers mereka sendiri.

Anda perlu membuat sesi ujibakat untuk memilih pelakon, membeli peralatan untuk membesarkan studio anda, membuat senjata dan robot gergasi daripada kadbod.

Apabila pengambaran sudah dimulakan, anda akan mengawal watak anda dan lima watak hero lain dan bertempur mengikut giliran.

sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia