Berita

Code Vein : Permainan JPRG Terbaru Daripada Bandai Namco

Diolah oleh hang92

Bandai Namco telah mendedahkan treler pertama permainan JPRG Code Vein yang akan datang pada minggu ini.

Treler ini telah menayangkan apa yang kami anggap sebagai pertempuran sengit antara bos dan ini mengingatkan kami pada siri permainan Dark Souls cuma dengan tambahan gaya anime.

Seperti yang anda boleh tonton di atas, berlatar belakangkan suasana yang dahsyat (apokaliptik) serta beberapa mekanik permainan yang menarik, seperti mekanik rakan bantu yang akan menambah kedalaman keseluruhan pengalaman permainan. Nampak menarik bukan?

Watak utama dalam permainan ini mempunyai senjata vampiric sendiri: sarung tangan berduri yang boleh menyedut roh-roh orang mati. Roh-roh itu boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan pemain atau melemahkan musuh, seakan ciri permainan yang digunakan di dalam Dark Souls.

Pemain akan dapat untuk memilih seorang salah seorang rakan daripada penduduk Vein. Pemilihan ini penting untuk mempersiapkan diri pemain untuk melengkapkan gaya permainan dan memberi mereka peluang untuk menentang musuh mereka di sepanjang perjalanan.

Code Vein dijadualkan akan diterbitkan pada tahun hadapan di konsol-konsol utama. Pada penggemar RPG/JRPG atau Dark Souls, berdasarkan treler ini adakah permainan ini rasanya dapat memenuhi selera anda?

sumber : dualshockers / wcftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.