Berita

Crackdown 3: Permainan Eksklusif Microsoft Dibintangi Oleh Terry Crews

Diolah oleh hang92

Hari ini semasa persidangan Microsoft pada E3 2017, syarikat itu telah mengumumkan permainan aksi pengembaraan eksklusif Xbox One dan Windows 10 iaitu Crackdown 3.

Permainan ini akan dikeluarkan pada 7 November untuk Xbox One dan juga PC.

Bermain sambil anda menjerit BOOM pada keluarga anda. Berapa kali Terry Crews sebut BOOM dalam treler kami tidak membilangnya.

Pakai sut kuasa anda dan bermain sebagai hero yang terlebih kuasa dalam misi untuk mengembalikan bandar anda kepada keadaan asal. Terry Crews telah dipilih untuk menjadi Comander Jaxon dan mahukan anda untuk menyertai dia untuk menentang keganasan dalam permainan dunia terbuka.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.