Berita

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Telah Mengalahkan Jumlah Jualan Horizon Zero Dawn Pada Tahun Ini

Diolah oleh hang92

Nampaknya kuasa sesebuah nostalgia klasik terlalu hebat untuk dilupakan. Pada minggu ini, carta jualan di UK telah banyak dikuasai oleh samada permainan yang dikeluarkan semula ataupun remasters.

Pada artikel kami yang lepas, permainan pertempuran Tekken 7 telah menjadi juara carta UK untuk pertama kali sejak permainan Tekken diperkenalkan pada tahun 1998.

Baca: Tekken 7: Menjuarai Carta Mingguan UK Untuk Pertama Kali Sejak Tahun 1998

Pada minggu ini, juara carta jatuh kepada permainan nostalgik yang diperbaharui semula iaitu Crash Bandicoot N. Sane Trilogy. Dimana dengan hebatnya terus menjadi juara carta jualan walaupun hanya pada minggu pertama dijual pada khalayak umum.

Cuma di Malaysia, pada pendapat kami, permainan nostalgik ini kurang popular diperbincangkan atau diwar-warkan, atau mungkin kerana kami tidak mendapat apa-apa data dan maklumat sahih daripada Sony Malaysia? — anda yang tentukan

Mengikut laman web jual beli digital terkenal di UK iaitu Amazon UK, mereka telah menyatakan bahawa permainan ini, Crash Bandicoot N. Sane Trilogy sudah pun menjadi permainan paling laris pada tahun ini, mengalahkan sang juara iaitu Horizon Zero Dawn dimana permainan ini juga merupakan permainan paling laris pada tahun ini dan diikuti oleh Mario Kart 8 Deluxe.

Walaupun tiada sumber tepat mengenai kenyataan ini oleh penganalisis permainan Chart-Track, tetapi anda mungkin boleh percaya sikit-sikit sehingga data yang benar-benar tulen dikeluarkan.

Kemaskini: Gamesindustry.biz telah mengumumkan permainan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy adalah permainan yang paling laris di UK pada tahun ini, dengan sedikit sahaja jumlah mengatasi jumlah jualan Horizon Zero Dawn.

Untuk pengetahuan anda, permainan RPG aksi Ghost Recon: Wildlands merupakan permainan yang paling laris untuk tahun ini, cuma jumlah jualan itu boleh digunapakai apabila kesemua platform Xbox One, PlayStation 4, dan PC digabungkan. Crash Bandicoot N. Sane Trilogy adalah eksklusif untuk PS4 sahaja.

Carta jualan UK – 1 Julai

1 Crash Bandicoot N. Sane Trilogy (PS4)
2 Micro Machines: World Series (PS4/XO/PC)
3 Grand Theft Auto V (PS4/XO/PS3/360/PC)
4 Forza Horizon 3 (XO)
5 FIFA 17 (XO/PS4/360/PS3)
6 Overwatch (XO/PS4/PC)
7 Elite: Dangerous Legendary Edition (PS4/XO)
8 Mario Kart 8 Deluxe (NS)
9 DiRT 4 (PS4/XO/PC)
10 Rocket League: Collector’s Edition (PS4/XO/PC)
sumber: gamespot
Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain berkaitan dengan Crash Bandicoot: N. Sane Trilogy di sini:

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.