Berita

Crossout : Permainan Kenderaan Tempur MMO Pasca Apokaliptik Telah Dilancarkan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Targem Games dan Gaijin Entertainment telah mengumumkan pelancaran permainan kenderaan tempur bertemakan pasca apokaliptik, Crossout.

Permainan ini telah dilancarkan ke PC, PS4 dan Xbox One dengan harga yang menakjubkan iaitu dengan tanda harga PERCUMA!

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai ciri-ciri permainan ini:

  • Kenderaan yang unik, direka sendiri oleh pemain menggunakan pelbagai bahagian kenderaan yang lain.
  • Kebebasan kreativiti dan beribu-ribu kombinasi: anda boleh mereka kenderaan tempur anda dalam apa jua bentuk dengan menggunakan pelbagai bahagian sampingan, pelbagai perisai dan pelbagai senjata.
  • Apabila anda merosakkan atau memusnahkan mana-mana bahagian kenderaan musuh dan ia akan memberi kesan kepada prestasi kenderaan musuh itu dengan serta-merta.
  • Pelbagai pilihan senjata; dari gergaji, mesingan, pelancar roket dan termasuk drones dan pelbagai lagi.
  • Bengkel anda sendiri: mencipta bahagian kenderaan yang baru dan canggih, dan jual ciptaan anda itu di pasaran dalam permainan.
  • Jual-beli antara pemain: setiap bahagian yang telah anda kumpulkan dalam pertempuran boleh dijual kepada pemain lain.

Crossout telah dilancarkan ke PC, PS4 dan Xbox One secara percuma.

Sumber: dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.