Berita

CS GO: GuardiaN dan seized telah sah keluar daripada pasukan Na’Vi

Aizy
Diolah oleh Aizy

Ladislav “GuardiaN” Kovács dan Denis “seized” Kostin nampaknya sudah bersedia untuk meninggalkan Natus Vincere (Na’Vi) dalam masa terdekat kerana mereka telah mengosongkan kedudukan mereka dalam senarai pasukan.

Image result for GuardiaN seized Na’Vi

GuardiaN dan seized akan kekal dalam senarai pemindahan pasukan semasa masih dalam kontrak. Manakala GuardiaN akan menggantikan Aleksi “allu” Jalli sebagai posisi ‘AWPer’ di dalam klan FaZe

Bekas ‘in-game leader‘, seized telah memuat naik video beliau ke akaun Instagram miliknya, dengan beraninya dia melambaikan tangan seolah-olah seperti selamat tinggal sambil memakai baju CS:GO Na’Vi

Yevhen Zolotarov, pengurus pasukan Na’Vi’s, menyatakan bahawa prestasi pasukan ini sangat ‘tidak memuaskan hati’ semasa temuramah beliau pada YouTube.

Image result for GuardiaN seized Na’Vi

Beliau juga bercakap mengenai falsafah pasukan mengenai pemindahan dan bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Beliau juga menyatakan pasukan ini kekurangan motivasi dan itu yang menyebabkan perpecahan terhadapa pasukan ini.

Manakala, Oleksandr “s1mple” Kostyliev, Ioann “Edward” Sukhariev, dan Egor “flamie” Vasilev kekal di dalam pasukan Na’Vi

sumber: dotesports

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Aisy Hafiy. Jika anda juga ingin menjadi salah seorang penulis kami dan mahu tulisan anda dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia,  hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke hubungi@konsol.my

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.