Berita

Cuphead: Jualan Permainan Eksklusif Xbox One Dan Windows PC Ini Bagaikan Pisang Goreng Panas

Diolah oleh hang92

Cuphead merupakan salah satu permainan eksklusif Xbox One dan Windows PC yang ditunggu-tunggu oleh peminat seluruh dunia. Dan baru-baru selepas kemunculan permainan ini, angka jualan yang ditunjukkan sebenarnya agak mengagumkan.

Cuphead telah menduduki tangga keempat permainan terlaris setakat ini untuk platform Steam pada carta terkini Steam Charts, itu mengikut kata Rock Paper Shotgun.

Fakta yang paling menarik adalah walaupun carta ini baru sahaja berusia tujuh hari atau seminggu, namun Cuphead berjaya menduduki tempat keempat walaupun baru sahaja dilancarkan untuk tiga hari.

Cuphead sales figures great news for Xbox One fans

SteamSpy pula telah menunjukkan hasil kajian mereka untuk Cuphead dimana mereka mula menganalisis permainan ini sejak ianya dikeluarkan pada hari Jumaat lepas.

Mengikut SteamSpy, dengan hanya tiga hari berada di pasaran, Cuphead telah terjual sebanyak 125,000 unit jualan di platform Steam.

Dan untuk hari keempat, permainan Cuphead telah terjual sebanyak 190,000 unit.

Walaupun SteamSpy bukanlah laman rasmi bagi penganalisis Steam, namun angka yang ditunjukkan agak menyakinkan dan kami anggap sebagai tepat.

Namun malangnya, tiada lagi angka rasmi dikeluarkan untuk jualan bagi platform Xbox One, mungkin minggu depan akan dikeluarkan dan seperti biasa kami cuba sedaya upaya untuk menyampaikan kepada anda.

Tetapi sekiranya angka jualan sudah dikeluarkan untuk Xbox One, kami tidak akan terkejut dengan angka jualan tersebut memandangkan Cuphead merupakan permainan yang ditunggu-tunggu oleh peminat permainan video di seluruh dunia.

Anda boleh saksikan video treler Cuphead seperti di bawah.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Permainan Cuphead Tidak Akan Dikeluarkan Untuk PS4, Eksklusif Untuk Xbox One Dan PC Sahaja

Kemaskini Microsoft Windows 10 Akan Datang Menjadikan PC Anda Berkuasa Seperti Xbox One X

Apa Itu Permainan Indie?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.