Pilihan Kami Ulasan

Dapatkah Sony dan Microsoft Mencapai Kata Sepakat Berkenaan Dengan Permainan-Silang?

Diolah oleh Along Naz

Persaingan. Persaingan adalah sesuatu yang baik bukan? Dapatkah Roger Federer menjuarai pelbagai kejuaraan Grand Slam ketika berada di puncak prestasinya tanpa persaingan hebat daripada Rafael Nadal? Atau dapatkah Sir Alex Ferguson menghimpun kejuaraan treble menerusi Manchester United pada tahun 1999 tanpa saingan hebat yang diberikan Arsene Wenger yang mengendalikan Arsenal pada tahun tersebut? Ini semua berkaitan persaingan. Ya, persaingan hebat dan sihat.

Persaingan sepatutnya  menjadi satu mekanisme yang baik buat pengguna.  Tidak keterlaluan boleh dikatakan perkara ini merupakan perbalahan utama golongan kapitalisme. Tapi, persoalannya, adakah ianya sentiasa begini?

Baik, kita menyelusuri sebentar  ke dunia sukan, mari kita lihat satu contoh lain seperti persaingan di antara ASTRO dan TM ke atas hak penyiaran bola sepak Liga Perdana Inggeris. Lima tahun lepas, ASTRO menguasai keseluruhan pasaran ini. Bagi setiap langganan pelanggan dikenakan bayaran tambahan sebanyak  ~RM 60 setiap bulan dan pelanggan boleh menikmati siaran secara langsung perlawanan bola sepak tempatan, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan juga kejohanan Liga Juara Eropah (UCL) dengan akses penuh.

Selepas itu, TM pula melibatkan diri secara langsung dalam industri ini dan mendakwa mereka juga mendapat hak penyiaran EPL (dengan memeterai perjanjian dengan ASTRO). Dan hasilnya? Pelanggan yang mahu menonton perlawanan EPL dan UCL boleh melanggan TM Unifi untuk mendapatkan menonton siaran langsung perlawanan bola sepak tersebut dan yang pasti, pelanggan perlu membayar lebih untuk itu. Melebihi nilai ~ RM 200 yang dibayar pada sebelum ini.

Image result for astro tm

Tidak keterlaluan untuk membuat perumpamaan yang Sony dan Microsoft ini adalah ASTRO dan TM di dalam dunia dan industri permainan video ini. Tambahan lagi, persaingan ini jelas memberi manfaat yang tersendiri jika kita melihat sejarah permainan konsol itu sendiri.

Kita lihat bagaimana Nintendo menguasai pasaran dengan NES (Nintendo Entertainment System). Tetapi kita juga melihat bagaimana Sony melalui Mega Drive (Genesis) secara langsung meminggirkan saingan Super NES Nintendo. Dalam pada itu, Sony juga telah menolak persaingan daripada SEGA. Kita juga menjadi saksi N64 dan Wii melalui Nintendo kembali menjadi pesaing hebat dalam industri ini dan mendapat tempat di hati peminat di samping Microsoft yang turut terlibat secara aktif sebagai pemain dalam industri gila ini.

Walaubagaimanapun, pertambahan ‘multiplayer’ atas talian beberapa tahun kebelakangan ini telah menimbulkan masalah yang agak serius kepada para pemain permainan video ini. Situasinya seperti ini.

“andaikata saya mempunyai permainan Xbox One, saya hanya boleh bermain bersama rakan yang mempunyai Xbox One sahaja, dan saya tidak boleh bermain bersama rakan lain yang mempunyai konsol lain seperti Playstation 4.”

Persoalannya, berapa banyak pula permainan konsol yang perlu ada untuk memuaskan hati para pemain. Untuk ini sememangnya tiada jawapan realistik yang perlu dijawab.

Pengarah Xbox, Phil Spencer memberi kenyataan yang mahu didengarkan oleh peminat. “ Microsoft mempunyai semua perkara tersebut. Secara realiti, pintu telah terbuka dan kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Sony untuk membawa para peminat dan pemain konsol kami dalam Playstation 4 dan memenuhi ruang ekosistem komuniti kami” Ujarnya.

Image result for phil spencer cross platform

Namun, Sony dikatakan tidak berminat untuk melalui ‘pintu’ yang dibuka Xbox tersebut. Kenapa? Tiada kenyataan konkrit yang dikeluarkan dari pihak Sony. Tetapi bagi kebanyakkan pengulas eSukan dan peminat, mereka mengandaikan keengganan Sony untuk meneruskan langkah ini adalah kerana Playstation 4 telahpun mempunyai jumlah peminat yang jauh lebih besar berbanding Xbox One. Kerjasama ini hanya memberi keuntungan sebelah pihak sahaja. Menurut laporan VGChartz , setakat bulan Februari 2017 sebanyak 55.91 juta unit Playstation 4 telah terjual manakala Xbox One telah terjual sebanyak 28.72 unit di seluruh dunia.

Dari sudut perspektif perniagaan pula, boleh dikatakan tiada sebarang kata putus untuk menyaksikan Sony dan Microsoft bergabung. Secara realitinya, sekiranya anda diberikan pilihan untuk memiliki Playstation 4 atau Xbox One, yang manakah pilihan anda? Bagi kebanyakan orang, pilihan yang mudah adalah dengan memiliki konsol yang dimiliki oleh ramai peminat lebih- lebih lagi dikelilingi dengan peminat atau rakan yang mempunyai konsol itu sendiri. Mungkin dengan data yang dikeluarkan oleh VGChartz, memiliki Playstation 4 adalah jawapan tepat untuk menginterpretasikan  mana satu konsol yang patut dimiliki.

Namun untuk satu jangka masa yang panjang dari sudut kompetitif pasaran pula, perkara ini boleh menjejaskan pasaran global konsol itu sendiri tidak kira sama ada Sony atau Microsoft atau lain- lain pengeluar permainan konsol. Dengan pembangunan dan kuasa pasaran perkhidmatan ‘streaming’ atas talian seperti Netflix dan perkembangan penggunaan telefon pintar, ini merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada pengurangan jumlah unit permainan konsol pada masa akan datang. Banyak perkara yang perlu dilihat dan diambil berat tentang perkara ini. Ditambah lagi dengan permainan yang boleh diakses bersama jaringan internet berkelajuan tinggi menggunakan telefon pintar.

Sebagai pengguna, mungkin akan timbul persoalan, kenapa kita perlu laburkan duit untuk memiliki konsol sedangkan dengan telefon pintar kita pun boleh bermain permainan yang bermutu tinggi? Mungkin. Persoalan yang hanya timbul untuk pemain amatur. Untuk peminat tegar sesebuah konsol, persoalan remeh begini mungkin tidak akan timbul kerana mereka mempunyai alasan yang sangat kukuh bagi persoalan tersebut. Namun hakikatnya, kita perlu akui peminat amatur inilah yang akan melonjakkan jualan unit yang lebih tinggi pada masa akan datang setelah mereka fahami dengan jiwa dan raga mereka kenapa mereka perlu ada konsol- konsol tersebut.

Image result for smartphone game

Sebagai syarikat elit, Sony dan Microsoft telah pun mengetahui perubahan kehendak pasaran permainan video ini. Antara tindakan yang diambil oleh syarikat ini adalah dengan menaiktaraf versi konsol mereka. Sebgai contoh, kini Sony mempunyai versi Playstation Pro dan Microsoft pula mempunyai produk Xbox One X mereka. Tujuan menaiktaraf produk ini adalah jelas, iaitu untuk mengimbangi persaingan dan terus bersaing dengan permainan PC dan juga telefon pintar.

Jadi bagaimana pengakhirannya kisah ‘cinta’ antara Sony dan Microsoft ini? Sony dan Microsoft perlu bekerjasama untuk menangani masalah ini bagi menjamin produk mereke terus relevan di pasaran global. Ini juga membolehkan permainan-silang membentuk sebuah komuniti permainan konsol yang lebih besar dan ramai. Penerimaan pemain- emain ini secara langsung memastikan permainan konsol ini terus diminati dan terus kekal relevan di pasaran dunia.

Rumusan

Jadi secara keseluruhannya, kami dapat simpulkan bahawa semua permainan yang ada termasuk permainan silang atas talian ini sebenarnya sangat berkait dengan persaingan. Mungkin dengan mengambil pendekatan untuk bekerjasama adalah satu langkah yang dikatakan sangat bijak setidak- tidaknya untuk tahun- tahun yang mendatang. Mungkin juga Sony dan Microsoft dapat mempelajari sesuatu dengan peminat yang mana respon dan reaksi daripada peminat akan menjadi faktor penerimaan permainan konsol ini atau tidak. Siapa tahu kan?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.