Berita

Dapatkan Kurt Angle Pada Permainan WWE 2K18 Apabila Anda Membuat Pra Pesanan

Diolah oleh hang92

Semua peminat gusti khususnya di Malaysia pasti tertunggu-tunggu dengan kehadiran Kurt Angle untuk membelasah lawan dalam permainan terbaru WWE 2K18. Maka, anda tidak perlu bersusah hati lagi, pihak 2K telah mengumumkan bahawa Kurt Angle boleh didapatkan sekiranya anda membeli permainan ini dengan membuat pra pesanan.

Setelah sekian lama iaitu hampir 10 tahun Kurt Angle tidak membuat mana-mana kemunculan dalam permainan, kali ini pihak 2K bersedia membawa kepada anda Hero Amerika ini.

Kurt Angle ada memberi beberapa komen mengenai kemunculan beliau di dalam permainan ini;

“Saya sangat teruja untuk kembali pada arena WWE pada tahun ini, diangkat sebagai ahli baru WWE Hall of Fame dan juga bertugas sebagai pengurus RAW. Dan sekarang, saya telah dengan bangganya telah mengikuti langkah penggusti lama lain seperti Bill Goldberg, Sting, Ultimate Warrior dan Arnold Schwarzenegger, dan dibawakan sebagai watak pra pesanan di dalam permainan WWE 2K18

Permainan gusti WWE 2K18 akan dilancarkan pada 17 October 2017 pada PlayStation 4 dan Xbox One.

sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.