Berita

Dapatkan Permainan Injustice 2 Dan Transformers: Devastation Sempena Promosi Bulan October Di PSN

Diolah oleh Konsol

Bulan Oktober memang menjadi bulan yang penuh dengan pesta dan promosi. Jika sebelum ini kita digemparkan dengan berita dimana Malaysia akan menganjurkan pesta minuman keras iaitu Oktoberfest. Terbaru kita digemparkan sekali lagi dengan berita promosi bulan Oktober di Playstation Network (PSN).

Bagi anda yang belum mempunyai kesempatan untuk memiliki permainan perlawanan terbaik tahun ini seperti Injustice 2 dan Transformers: Devastation. Inilah masa yang paling tepat dan menguntungkan anda untuk memiliki kedua-dua permainan ini.

Ini kerana Playstation Network (PSN) telah pun melakukan promosi sekitar 40% bagi permainan Injustice 2 dan 70% bagi permainan Transformers: Devastation. Jika mengikut harga asal permainan Injustice 2 versi digital dijual dengan harga RM 269.00, manakala Transformers: Devastation versi digital pula dijual dengan harga RM 199.00.

Tetapi sekarang dengan adanya promosi di Playstation Network (PSN), anda boleh mendapatkan permainan Injustice 2 dengan harga RM 161.40 dan permainan Transformers: Devastation pada harga RM 59.70.

Akhir sekali, jika anda telah melanggani Playstation Plus sebelum ini, sebanyak 10% diskaun lagi akan diberikan kepada anda. Jadi apa tunggu lagi, gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mendapatkan permainan-permainan menarik ini sekarang juga di pautan dibawah.

Dapatkan permainan ini sekarang di: OctoberPro: Injustice 2 & Transformers: Devastation

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia