Berita

Dapatkan Xbox Deals With Gold Sebelum 24 April

Diolah oleh Along Naz

Dapatkan potongan harga permainan ini sehingga 24 April dari Xbox Store melalui Deals With Gold

Deals With Gold datang lagi! Kali ini dengan membuat tawaran potongan harga yang ‘gila’ untuk permainan konsol Xbox One dan juga Xbox 360.

Apa itu Deals With Gold?  Kepada anda yang belum pernah dengar, Deals With Gold adalah ‘jualan’ mingguan Microsoft yang menawarkan potongan harga khusus untuk konsol Xbox.

Image result for deal xbox gold

Jadi untuk minggu ini, untuk semua ahli Xbox Live Gold kami sarankan supaya anda untuk mengambil kesempatan terhadap tawaran ini, beli laju- laju ok!

Permainan seperti Dead Rising 4 boleh didapati dengan potongan harga sebanyak 40% daripada harga asal. Amat berbaloi bukan?

Beberapa permainan yang boleh anda dapatkan untuk tawaran minggu ini di dalam program Microsoft’s Deals With Gold adalah :

–          Cast of the Seven Godsends (70%)

–          Adam’s Venture: Origins (50%)

–          Kingdom: New Lands (67%)

–          Penarium (75%)

–          Sterendenn (50%)

–          Stick It To The Man (50%)

*Potongan harga diskaun (%)

Jadi kepada ahli Xbox Live Gold, apa lagi? Dapatkan  permainan dengan harga gila murah ni sekarang tau!

Baca juga : Xbox One : Imbasan Permainan Percuma Untuk Dimiliki

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.