Berita Ura-ura

Darksiders 3 : Tertiris Di Atas Talian, Butiran Pertama Dan Paparan Skrin

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Amazon telah secara tidak sengaja membocorkan maklumat tentang permainan akan datang Darksiders 3.

Permainan itu secara tidak sengaja telah diletakkan di laman produk sebelum sebarang pengumuman rasmi. Kebocoran ini mendedahkan ciri-ciri teras permainan, paparan skrin dan seni konsep.

Watak utama permainan ini Fury, adalah ahli sihir wanita yang menggunakan cemeti dan kebolehan menyihir. Fury mempunyai bentuk yang berbeza, setiap bentuk yang memberikan kebolehan untuk pergerakan baru, senjata, dan kebolehan menyusur.

Pada halaman produk itu menerangkan dunia permainan ini sebagai “terbuka” dan “berbentuk bebas.”  Di dalam permainan Fury sedang di dalam pengembaraan untuk mengembalikan kesimbangan di antara baik dan jahat.

Matlamatnya adalah untuk mengalahkan Seven Deadly Sins dan pengikut mereka. Dengan maklumat ini, kelihatan jalan cerita permainan ini akan berkisarkan selepas peristiwa permainan yang pertama.

Berikut adalah paparan skrin dalam permainan dan seni konsep yang tertiris ;

Laman Amazon menunjuk tarikh pasaran pada 31 Disember 2018 dan akan hadir ke platform PC, PS4 dan Xbox One.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.