Berita

Days Gone: Akan Mempunyai Zombi Yang Lebih Gempak Dari Permainan Lain

Diolah oleh Konsol

Permainan yang bertemakan zombi dan zaman kiamat sering mendapat tempat di hati setiap pemain permainan video terutamanya di Malaysia.

Permainan video seperti ini telah menghasilkan nama-nama besar seperti francais Resident Evil, The Walking Dead, Dying Light dan yang terbaru The Last of Us.

Oleh disebabkan itu, nampaknya gaya permainan bertemakan zombi dan zaman kiamat ini telah diteruskan lagi dengan perlancaran permainan Days Gone yang amat dinantikan oleh setiap peminat permainan video pada tahun hadapan.

Salah satu jalan cerita permainan Days Gone ini akan turut mengikuti jejak langkah permainan bertemakan zombi yang lain.

Permainan ini akan bermula di suatu zaman dimana hampir setiap penduduk bumi telah pun bertukar menjadi zombi.

Misi yang kebiasaannya ada pada permainan zombi yang lain akan turut dimainkan oleh anda didalam permainan ini.

Seperti anda dikehendaki untuk menyelamatkan diri daripada ancaman zombi dengan menubuhkan penempatan koloni untuk bertahan.

Walaubagaimanapun, apa yang membuatkan permainan Days Gone ini sedikit luar biasa dari kebiasaan permainan zombi yang lain ialah kerana ia akan mewujudkan zombi yang lebih mengancam, ganas dan tidak pernah disaksikan di dalam mana-mana permainan zombi yang terdahulu.

Mengikut GamesRadar, apa yang membuatkan Days Gone berbeza ialah pembangunan zombi di dalam permainan ini akan mempunyai sifat yang lebih kejam, lebih pantas serta akan menyerang mangsa secara berkumpulan.

Baca Juga: Days Gone : Menunggang Ke Persidangan Sony E3 Dengan Treler Permainan Yang Ganas

Jika di dalam Resident Evil, zombi yang akan mengejar anda selalunya akan berjalan dan menyerang anda secara berseorangan.

Tetapi didalam permainan Days Gone ini, zombi yang akan menyerang anda akan berlari dengan pantas dan ramai umpama ombak yang membadai.

Pernahkah anda menonton filem World War Z sebelum ini?

Jika jawapannya Ya, mesti anda semua masih ingat bagaimana zombi di dalam filem ini menyerang sesuatu kawasan secara berkumpulan seperti gerombolan seladang yang ganas dan akan melangggar apa sahaja halangan yang ditemui.

Jadi, di dalam permainan Days Gone ini, anda akan diserang oleh zombi yang mempunyai sifat ganas seakan-akan seperti filem World War Z ini.

Dimana, setiap zombi yang akan menyerang anda tidak akan memberikan anda walau sedikit masa pun untuk anda menarik nafas lega selagi setiap zombi tidak berjaya anda bunuh.

Disebabkan itu, pembangun permainan ini nampaknya sangat yakin bahawa anda pasti akan teruja dan bakal menimba pengalaman baru apabila bermain dengan permainan ini nanti.

Rumusan

Oleh itu, bersiap sedialah anda untuk memainkan permainan Days Gone ini nanti.

Mungkin mulai hari ini, kita semua sudah boleh memulakan latihan fizikal dan mental sebagai persediaan untuk memainkan permainan ini yang akan dilancarkan tidak berapa lama lagi.

Sumber: N4G

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.